Friday, January 16, 2009

muhasabah | ada apa dalam hati..

mm ada apa dalam hati?? or.. ada apa dengan hati..?? soalan2 begini akan mengundang pelbagai jenis jawapan yang berbeza-beza. bergantung dengan siapa yang menjawab atau bagaimana cara hidup si penjawab. Dan aku rasa sesetengah antara kita jarang dengar soalan camni.. (aku pun jarang jugak.. kekeke)
klu tanya siapa di hati, haa soalan ni selalu dengar kan?

aku bukan org yang berilmu. tapi aku percaya persoalan, ada apa dengan hati ini, bukan perkara remeh. dalam hati ada kalbu yang mengandungi pelbagai sifat2 terpuji atau mahmudah seperti sabar, redha, dan sebagainya. dalam hati juga ada sifat keji atau mazmumah jika berada pada diri manusia seperti dengki, tamak, sombong dan lain2 lagi.
selain daripada itu, ada juga sifat2 lain yang dinamakan perasaan seperti cinta, marah, kasihan, takut dan banyak lagi yang aku dan korang semua rasa.
didalam kalbu ini lah terjadi satu peperangan yang sangat hebat. perang diantara mahmudah dan mazmumah, perang di antara yang terkeji dan terpuji atau perang di antara yang baik dan yang jahat. peperangan yang tidak akan pernah selesai. tiada MOU genjatan senjata dan tidak ada perjanjian damai. ini kerana peperangan ini di ketuai oleh IMAN yang menerajui tentera2 baik dan NAFSU mengetuai tentera2 jahat. ini kerana matlamat kedua2 pihak ini tidak pernah sama. tambahan pula datanganya tertera bersekutu NAFSU yang dinamakan IBLIS datang mengapi2kan dan membuat jenayah di medan perang. yang melakukan pelbagai onar untuk memastikan kekalahan IMAN. pelbagai cara dan helah digunakan untuk menunaikan janji mereka semata2 kerana dendam kesumat yang tak pernah kunjung padam. andai salah satu antara keduanya tewas, maka yang tewas akan menjadi hamba kepada yang menang selagi mana dia tidak memberontak untuk melawan semula.

maka pihak yang menang akan mengemudi sebuah kerajaan yang dinamakan "KERAJAAN DIRI".
ini lah politik dalaman, perang saudara, pilihanraya dan pemberontakan jalanan yang setiap saat sedang berlaku dalam diri setiap orang.
namun.. pernah kah kita sedar????

No comments:

Post a Comment