Tuesday, February 3, 2009

kau istimewa

kelmarin aku banyak melayari internet. dari harakah, berita harian, flickr ustaz azhar, tukartiub, tempurung pecah, fudzail sampai la aku google blog2 yang tak pernah aku jengah. bukan aku tak ada kerja. tapi kebetulan kerja tak banyak. perlayaran aku terhenti lama di satu blog - adibah ahmed. menurut blogger ini, beliau seorang yang open minded dan tulisan2 beliau mempersoalkan tentang nabi muhammad. senang cerita, blogger ini menghina nabi muhammad melalui tulisannya. banyak respon yang diterima mencaci dan menghina blogger ni yang diragui sama ada dia lelaki / perempuan, muslim / kafir. sekali baca memang darah aku pun menyirap tapi apa yang blh kita buat? kalau sikeparat ni (sori, aku tak sanggup hormat dengan menggunakan perkataan "beliau") kafir, memang itu saja yang dia nak. supaya orang2 yang membaca at least terdetik dan meragui nabi muhammad. memang ramai yang pasti marah tapi pasti ramai juga yang terpedaya dengan da'yah keparat ni.

sebab itu aku rasa  kita patut menyegarkan ingatan kita buat insan kamil yang bernama muhammad. kita patut menambah kasih sayang kita pada baginda. kita patut bercita-cita agar rasa cinta ini pada habiballlah mekar mewangi seumur hayat kita.
kenapa?

sirah nabi perlu kita kaji. namun salah satu peristiwa yang paling menyentuh perasaan, saat kewafatan Nabi.
saat dimana nabi diambang sakratul maut
bagaimana baginda kesakitan sehingga Jibrail sendiri tidak sanggup melihat wajah Baginda sedang sakit.
wajah manusia yang selalu berkorban demi umatnya. berhijrah meninggalkan tanah air demi daulah islamiyah
manusia yang diberi kunci akan seluruh dunia dan isinya namun tetap memilih Tuhannya
bagaimana baginda memohon agar kesakitan sakratul maut bagi seluruh umat dihimpunkan dan ditanggung oleh baginda.
bagaimana baginda masih bimbang keadaan umatnya saat baginda diambang kesakitan
ummati..
ummati..


==========================
kau istimewa
-------------------

ya Rasulallah
ya Habiballah

ya Rasulallah
sedih dan pilu mengenang kan
di saat umatmu kehilangan diri mu yang mulia
kau diberi pilihan untuk kekal di dunia
namun kau tekad memilih untuk bersama yang Esa

ya Rasullallah
tiada mungkin ku lupakan
pesanan mu yang terakhir buat muslimin dan muslimat
istiqamah dalam menunaikan solat
istiqamah dalam menunaikan solat

pemergian mu
amat sukar diterima
sedang para sahabat sukar untuk menelannya
ini lah hakikat yang kekal
buat selama-lamanya
setiap yang hidup pastikan
merasai kematian

ya Rasulallah
ya Habiballah

kau serahkan segala
demi islam yang tercinta
rela dirimu terkorban dan jua menderita
jikalau tidak kerana segala jasa-jasamu
tiada terpancar nur islam
di hati sanubari
dikau lah pejuang yang disegani

walau kini kau tiada
dirimu tetap di jiwa
kau lah Rasulallah
yang agung ya Habiballah

pesuruh Allah
kekasih Allah
ya Habiballah

pesuruh Allah
kekasih Allah
ya Nabiallah

pesuruh Allah
kekasih Allah
ya rasulallah

jikalau engkau sembah Muhammad
dia kan pergi
jikalau engkau menyembah Allah
Dia abadi


==========================
ini ialah bait2 nasyid "kau istimewa" dari album sirah junjungan. tak tahu kumpulan mana tapi aku perasan suara nazrey raihan saja. aku dapat dari video klip dalam

http://www.youtube.com/watch?v=syLIU61Wd30





No comments:

Post a Comment