AJL 2008 telah sampai ke penghujungnya. pada awalnya hati aku ini begitu teruja untuk sama2 memeriahkan pertandingan akhir AJL ini pada (entah aku pun dah lupa). tambahan pula aku berjaya mendapatkan 4 tiket untuk pertandingan muzik paling "berprestij" di malaysia. namun dek kesibukan bershopping untuk rumah baru, aku terlewat seterusnya membatalkan niat tersebut disaat2 akhir.
membaca satu rencana tentang pencerobohan yang sedang berlaku di Gaza, aku tersedar yang sekarang ni aku terlalu banyak lalai dengan urusan hiburan yang selama ini jarang aku ambil tahu pun. sedang saudara2 kita berperang dan anak kecik yang seagama kita menjadi mangsa (fakta : ketika rencana ini ditulis, lebih 1000 terkorban di palestin. 1/3 adalah kanak2), kebanyakan kita di malaysia sedang asyik berhibur dengan pelbagai bentuk hiburan. dan salah satu daripadanya adalah pertandingan akhir AJL.
lantas aku terfikir dan bersyukur, aku bukan salah seorang yang hadir membuang masa di stadium putra bukit jalil pada malam tersebut.
aku bukanlah seorang anti hiburan tapi terkadang2 aku merasakan, adalah lebih baik jika duit minyak, duit tol dan duit tambang LRT penonton2 AJL akhir di stadium bukit jalil pada malam itu disalurkan ke mana-mana tabung bantuan palestin.
atau lebih baik, kurangkan program2 hiburan di malaysia ini. cukup2 lah tu.
---------------------------------------kita semakin lalai---------------------------------------------------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AJL (Anugerah Jalan Laju)
ReplyDelete