dalam cita-cita kita untuk memperbaiki diri, sering kali kita "terkincit" dan separuh jalan. perkara ini selalu terjadi kepada kebanyakan orang dari kita. perempuan yang mengalami masalah obesiti sanggup berjoging 5 kilometer tapi sayang.. hanya 1 hari.
sang pelajar yang bercita-cita menjadi pelajar terbaik dalam kelasnya sanggup bersengkang mata mentelaah selama 6 jam tapi sayang.. hanya 1 malam. si pembuat maksiat yang mahu bertaubat dan menjadi orang baik bermunajat sehingga pagi tapi sayang.. hanya sekali. keesokannya si abid kembali bermaksiat..
keesokannya sang pelajar kembali leka dengan kawan2 di pusat video game..
keesokannya perempuan itu kembali menelan kek, coklat dan ais krim..
istiqamah.. ini lah perkara yang paling sukar untuk dilakukan.
namun bayi itu hanya mampu bertatih selepas bangun dari jatuh.
namun sikecil itu hanya mampu berjalan selepas puas bertatih.
namun kanak-kanak itu hanya mampu berlari selepas berkali-kali tersadung.
kita sering kali memandang enteng hukum alam yang diciptakan Tuhan.
tidak lah sesuatu itu dijadikan Allah dengan sia-sia.
kenapa ketika kecil kita mampu beristiqamah sehingga kita buka saja dapat bertatih malah dapat berjalan. lebih dari itu kita mampu berlari. namun bila dewasa kita lupakan uslub untuk mendapat apa yang kita hajat. menjadi apa yang kita hendak.
kebanyakan kita hilang rasa pergantungan kepada Tuhan. maka kita mahu semuanya hasil dari usaha kita. kita mahu semuanya dapat dalam sekelip mata. kita tidak mampu bersabar dan sanggup menempuh dugaan.
kita sebenarnya kalah kepada si bayi dari segi pergantungannya kepada Tuhan
kita sebenarnya kalah kepada si kecil dari segi istiqamahnya untuk mendapat sesuatu
kita sebenarnya kalah kepada kepada kanak-kanak ini yang bersabar dan lasak menempuh dugaan..
alangkah malunya...
alam yang sentiasa dekat dengan kita memberi pengajaran tapi kita buta.
istiqamah..perlukan mujahadah
istiqamah..perlukan tawakkal
istiqamah..perlu pada rasa pergantungan pada Tuhan
istiqamah..mohon lah pada Yang Menciptanya
duhai perempuan itu. kalian telah memulakan langkah pertama. usahlah malu andai separuh jalan. teruskan dengan mujahadah.
duhai pelajar itu. kamu sudah punya cita-cita. itu sudah lebih baik dari tiada. biarlah sikit asal berterusan.
duhai lelaki itu. sudah fitrah manusia berperang menentang nafsu. terkadang tewas dalam perjuangan. namun usahlah kau berputus asa dari rahmat Tuhan mu. teruskan perjuangan sehingga nafasmu yang terakhir. mohon dan bertawakal lah pada-Nya.
duhai AKU. kamu lah bayi itu yang berjuang untuk dunianya..
duhai AKU. kamu lah kanak-kanak itu yang berjuang untuk ilmu dan masa depannya..
duhai AKU. kamu lah manusia itu yang berjuang untuk akhiratnya..
AKU..Istiqamahlah kamu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment