Monday, March 2, 2009

islam itu agama kah?

seringkali kita terkeliru dengan mengganggap islam sekadar agama. wajib kita perbaharui anggapan ini.
islam bukan sekadar agama. islam lebih daripada itu. islam itu addin. addin bermaksud cara hidup. cara hidup yang mnyeluruh. cara hidup yang mendefinasikan bagaimana kita menguruskan hidup kita selagi kita dibawah kawalan sedar. bagaimana kita memulakan hari  ini sehinggalah keesokan harinya. 

islam bukan sekadar sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja.
islam bukan sekadar nikah / cerai sahaja. 
islam bukan sekadar yasin, sembahyang mayat, talkin dan kubur sahaja.

islam adalah cara hidup..
makan..ada cara islam.
masuk tandas.. ada cara islam.
mandi..ada cara islam
ketua kampung..ada cara islam
polis.. ada cara islam.
POLITIK.. ada cara islam
UNDANG-UNDANG.. ada cara islam.
mengundi.. ada cara islam..

islam adalah addin yang lengkap.

tapi kenapa ada yang mengatakan.. 
- undang-undang ikut manusia.. (padahal bumi dan semuanya isinya ini milik Allah)
- pemerintahan ikut cara manusia (padahal manusia hanyalah khalifah untuk mentadbir bumi..khalifah / wakil..mesti kena ikut 
  Tuannya..bukan ikut kepala sendiri)
- islam lain..politik lain..politik itu kotor..islam cantik (sebab islam cantik lah didalamnya ada panduan untuk berpolitik.. yang busuk itu  
  manusia yang berpolitik.. bukan politik itu sendiri.. kaji sejarah islam..nabi muhammad pun berpolitik)
- undang2 islam sesuai zaman nabi dulu sahaja (eh..zaman nabi dulu kat madinah..kristian, yahudi, nasrani, munafik suma ada tau..  
  jangan banyak alasan kalau tak nak ke islam. islam sesuai dengan semua zaman. zaman yang kena ikut islam.. bukan islam yang  
  ikut zaman.)

islam maksudnya tunduk dan patuh dengan apa saja yang disyariatkan oleh Allah melalui utusan-Nya, Nabu Muhammad S.A.W.

kalau tolak undang2 islam bermakna engkar perintah Allah. kalau engkar bermakna tak mahu tunduk / patuh. 
kalau tidak mahu tunduk / patuh bermakna ???

contoh : kalau x sembahyang fardhu (tapi tahu yang solat itu wajib), kita dosa besar.
             tapi kalau x sembahyang fardhu dan mengatakan solat itu tidak wajib, dan tidak mahu terima kewajiban solat itu, 
             maka jatuh la aqidah kita..nauzubillah.

- bagaimana pula orang yang menolak al-quran sebagai sumber hukum atau dasar pemerintahan sesebuah negara? (hebat sangat kah 
  orang yang nak buat dasar ikut kepala hotak dia sendiri? berani betul..)
- bagaimana pula dengan orang yang mengatakan tafsir al-quran perlu dikaji semula? (alasannya tafsir itu sesuai pada zaman nabi 
  sahaja. zaman sekarang kena tafsir semula supaya "islam dapat dilaksanakan dizaman ini".. eh bukan kah ini seolah2 usaha hendak 
  "membiblekan" al-quran.?? menafsirkan alquran ikut nafsu sendiri??? ) 
- bagaimana pula dengan orang yang mengganggap al-quran sebagai sumber yang ketinggalan zaman? bagi mereka, cukup la alquran 
  diguna di mahkamah syariah, buat mengadili laki bini dalam soal nikah / cerai sahaja..buat dakwaan untuk orang kena tangkap 
  khalwat sahaja. (habis tu hudud nak letak mana???? takzir nak letak mana???? qisas nak letak mana??? hukum2 ini buat hiasan 
  dalam al-quran saja kah????)


kenapa sampai begini Addin yang lengkap ini diperlakukan oleh "umat islam" sendiri?????




ISLAMU YU'LA..WALA YU'LA ALAIH..
ISLAM ITU TINGGI..DAN TIADA YANG LEBIH TINGGI DARINYA..
   


    

1 comment:

  1. 1. setuju dengan anda.
    2. islam telah lengkap. yang menampakkan islam tidak lengkap adalah org islam sendiri.
    3. cabaran buat anda, saya dan semua...sebab kita umat akhir zaman

    ReplyDelete