"Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami. "Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?" "Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya." "
Saudaramu,
Khalil Ismail al-Hayya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
14 Mei 2006 – Kuala Lumpur.
Masihkah kita hanya menjadi penonton?
• Sedangkan hakikatnya jihad qitaal (berperang fi-sabilillah) sedang berlangsung:
– Palestin : untuk membebaskan tanah air dan Al- Quds
– Lubnan : untuk mempertahankan tanah air dari pencerobohan Zionis.
• Jika tidak boleh mengorbankan jiwa, maka korbankan harta, tenaga dan lain- lain untuk membantu para mujahidin.
• Kita tidak ada pilihan lain melainkan kita WAJIB membantu mereka
• Dr Yusuf Qardhawi dalam sebuah persidangan ulama memutuskan fatwa membantu rakyat Palestin sudah menjadi kewajipan (bukan lagi sedeqah).
Antara yang boleh kita laksanakan:
1. Khutbah Juma'at & tazkirah Juma'at
2. Buat kutipan dana
3. Pulaukan barangan Israel dan Amerika – terutama yang menjadi simbol mereka.
"Setiap riyal, dirham...dsbnya yang digunakan untuk mmbeli barangan mereka akhirnya menjadi peluru yang akan menembusi jantung saudara-saudara dan anak-anak kita di Palestin. Oleh sebab itu, adalah menjadi kewajipan untuk tidak membantu mereka (musuh Islam) dengan membeli barangan mereka. Membeli barangan mereka bermakna sokongan kepada kekejaman, penindasan dan penyerangan (mereka) " Yusuf Al-Qardhawi
4. Anjur majlis perkongsian maklumat – di masjid, surau sekolah & pejabat
5. Menyatakan bantahan secara lisan & perbuatan
6. Mengedarkan risalah
7. Menulis dan berkarya – buku, ruangan pendapat, sms, e-mail, kumpulan forum maya dll
8. Menaja pelajar & anak angkat Palestin
9. Menderma
10. Berdoa dan Solat Hajat untuk Palestin
Sumbangan artikel: AMAN PALESTIN
Walaupun di mana jua kita berada, Palestin, Masjid Al-Aqsa tetap milik orang Islam, tetap kiblat pertama umat Islam. Marilah kita semua menginsafi serangan demi serangan yang dilancarkan kepada Semenanjung Gaza dalam seminggu ini sebagai pembangkit semangat untuk kita meneruskan perjuangan kita di medan masing-masing.
Monday, March 2, 2009
Masihkah kita menjadi penonton?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam,
ReplyDeletetetibe dah lama tak bukak yahoogroup hari ni terbukak pulak.nice blog.:)