Thursday, January 29, 2009

dari lumut ke pangkor

Sehari sebelum Chinese New Year baru ini aku, wife dan mertua aku pergi makan angin di pulau pangkor. menaiki bot di jeti lumut membuatkan aku rimas dengan ramainya umat yang rata-rata bukan cina. padahal cuti ni untuk orang cina. biasa lah tu. kita masyarakat berbilang kaum. cuti sama-sama.
namun ketika sedang beratur di jeti menuju bot yang sedang menunggu, aku tertarik dengan satu kumpulan yang sekali pandang beragam Hindu sebab mereka berbangsa india. perbualan mereka ku dengar jelas (bukan niat hendak busy body dengar perbualan orang). mereka fasih bertutur dalam bahasa melayu. dan aku terkejut bila salah seseorang dari mereka menyebut "astaghfirullah hal 'azim". ketika itu aku tersedar. aku tersalah membuat andaian awal bahawa mereka beragama hindu. namun aku tidak mengesahkan mereka muslim hanya dengan mendengar mereka menyebut kalimat istighfar tersebut. namun apa yang aku fikirkan, kita sering menghukum orang berdasarkan luaran. walaupun mungkin mereka juga sepatutnya menzahirkan diri mereka benar2 muslimin dan muslimah dengan berjilbab bagi perempuan, namun itu soal mereka dengan Tuhan. selagi mereka mengesakan Allah, aku mesti menerima mereka saudara seagama denganku.
aku teringat satu hadis yang pelajari ketika di sekolah menengah.mafhumnya,

"tidak beriman seorang dari kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mengasihi dirinya sendiri"

bagi aku, andai kita tak mampu untuk beramah mesra dan bertegur sapa dengan saudara2 kita sama ada yang baru mahu pun lama, yang rapat mahupun jauh, yang kenal mahupun tidak, selagi mereka mengucapkan kalimah syahadah.. sekurang2nya kita perlu mengasihi mereka. 

No comments:

Post a Comment