menjadi satu kepelikan dalam diri aku bila terasa getar dan gemuruh apabila mendapat berita "ongbak 2" sudah berada di pawagam. aku bukan peminat filem sangat untuk aku berkunjung ke pawagam tapi untuk filem2 begini, aku rasa keterujaan yang bukan sedikit. sejak menonton ongbak 1 dahulu, aku declare filem ini merupakan filem aksi / bela diri paling menarik pernah aku tonton. aku bukan bermaksud yang beladiri yang yang dipaparkan dalam filem ongbak 1 (muay thai / muay boran / krabi krabung) ini merupakan yang terbaik di dunia tapi ia menarik dari cara mereka mengolah bela diri ini untuk dipertontonkan.
namun bila melihat filem-filem beladiri melayu, aku sedih dan mual dengan beberapa drama / filem beladiri tempatan. mereka ini mempertontonkan muka pelakon dan bukannya seni yang mahal dalam beladiri melayu yakni silat. setakat buat gaya bunga sikit dan melakukan buah2 yang kadang2 tak lojik lansung. aku bukan tidak menyokong filem / drama ini dibuat namun bila baru-baru ini ( setahun 2 lepas masih baru) aku jijik melihat pelakon seperti cico, pastu pelakon yang memegang watak pemandu dalam drama bersiri puteri ntah aku pun tak ingat nama dia, dan beberapa lagi pelakon jambu bergaya klasik dan menggayakan gerak silat dalam drama bersiri tempatan (setelah aku check internet baru tahu drama tersebut tajuknya "pendekar 5"), aku betul-betul putus harap dengan filem melayu.
kalau dulu, aku suka melihat drama seperti "pendekar kundur" lakonan eman manan, ebby yus..
drama "semutar hitam" lakonan latif borgiba, jebat gurun..
drama "keris hitam bersepuh emas" lakonan eman manan, ebby yus, Rozaidi Rahman
drama "luk tujuh"
filem "anak sarawak" lakonan ahmad tarmimi sirigar, ahmad yatim, yusuf wahab.. (Rahim Razali - 1988)
filem "syahadat" lakonan eman manan dan yusuf wahab.. (dzed dzalaidin)
dan satu lagi filem yang aku ingat2 lupa, "matinya seorang patriot" lakonan zulkefli zain.. (Rahim Razali - 1984)
filem "puteri" lakonan eman manan, yusuf wahab, ahmad tarmimi sirigar (Rahim Razali - 1987)
filem "hang jebat" lakonan nordin ahmad, M.Amin..
namun selepas berakhirnya filem / drama melayu bergenre silat pada tahun 80-an, tiba2 dalam 90-an muncul kembali drama bersiri bergenre sama malah bertajuk lebih kurang sama - "pendekar". aku tak pasti tahun berapa tapi drama terbaru ini banyak pelakon wanita. salah seorang yang aku ingat liza abdullah. drama ini aku tak terima sebagai cerita silat tapi ianya lebih kepada kungfu dan menjual muka pelakon wanita yang kununnya cantik.
sehingga kini aku masih menanti untuk menonton semula drama / filem silat era 80-an. aku kagum dengan eman manan tapi sayang banyak masalah peribadi yang dihadapinya. aku kagum dengan Rahim Razali tapi aku mual dengan wataknya dalam "Rozanna" yang sedang ditayangkan sekarang. seorang tua miang. ya.. beliau cuma berlakon. tapi sekarang aku tak pasti sama ada beliau mampu untuk mengarahkan filem sebaik "anak sarawak" lagi.. atau "puteri"..atau "matinya seorang patriot".. atau "abang".. atau "abang 92" dan banyak lagi filem2 beliau dulu..
dan sekarang ini aku masih tak terima filem2 yusuf haslam atau anaknya.. filem aziz m osman pula bagus tapi tak kena dengan jiwa aku. filem "prof" razak mohaideen pula tak payah cakap la. macam pampers pakai buang. sekali tengok saja lepas tu haram nak tengok lagi. filem mamat khalid bagus, sinis tapi tak kena dengan jiwa aku juga.
selain dari filem melayu, drama-drama tempatan yang masuk cerekarama yang kadang2 di tayangkan semula setiap hari raya, mungkin drama sebegini yang mampu aku tonton. drama tentang kehidupan. drama tentang manusia dan masyarakat.
lantas bila muncul ongbak 2, manakan tidak hatiku gemuruh???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Don, amacam dah jadi suami?..
ReplyDeletealhamdulillah. dah jumpa pasangan.. kekeke
ReplyDeleteKiambang bertaut
ReplyDelete