Friday, January 30, 2009

gerhana matahari

dibawah ini adalah satu rencana dari http://allahmahabesar.wordpress.com/.
aku cuma terfikir apa yang diperkatakan kebanyakan orang di malaysia saat peristiwa ini berlaku. mungkin ada yang ternganga mulut.. "wahhh".."huiyoo"..atau setakat mengambil gambar untuk dijadikan koleksi buat menunjuk2. dan mungkin ramai yang malas nak amik tahu termasuk aku. kenapa kita tidak melihat dengan mata hati. tidak pula mahu berfikir. tidak mahu ambil tahu bahawa setiap yang dijadikan Allah ada sebabnya. sedikit pemikiran yang kritis kadang2 mampu menyedarkan kita dari alpa. dan mampu membawa perubahan yang besar dalam hidup.
saat peristiwa ini, apa yang di paparkan dalam akhbar2 malaysia??????


Mengambil pelajaran dari gerhana matahari cincin 26 Januari 2009


Kemarin, tanggal 26 Januari 2009, ada peristiwa langka yang dapat disaksikan di wilayah Indonesia, yaitu gerhana matahari cincin. Tidak seperti gerhana matahari total, di mana matahari benar-benar terhalang oleh bulan secara keseluruhan, gerhana matahari cincin menyisakan sebagian sisi luar lingkar matahari tetap terlihat.

 

Kebetulan saya sedang tidak berada di Indonesia dan tidak bisa menyaksikan peristiwa ini. Karena itulah, saya ikuti obrolan dan berita dari internet dan mailing-list tentang hal itu.

Salah satu komunitas astronomi di indonesia, berdiskusi tentang kemungkinan menjadikan peristiwa gerhana ini sebagai salah satu cara menera atau menguji keakuratan metode penghitungan awal bulan hijriyah. Sebagaimana kita ketahui, di indonesia sering terjadi perbedaan dalam mengawali dan mengakhiri puasa Ramadhan serta Idul Fitri. Salah satu penyebabnya adalah ada banyaknya jenis metode penentuan awal bulan hijriyah. Ada yang memakai rukyat (melihat bulan sabit) ada yang hisab (perhitungan). Yang memakai hisab, ternyata juga berbagai macam acuan perhitungannya.

Karena itulah, ada yang mengusulkan bagaimana jika peristiwa gerhana ini dijadikan sebagai salah satu referensi untuk menguji keakuratan hasil perhitungan berbagai metode yang ada. Hal ini didasari dengan kenyataan bahwa pada saat gerhana matahari cincin ini, posisi bulan dan matahari bisa dilihat dengan jelas dan dapat diukur serta diamati. Dengan alat pengukuran baku, orang dapat mencocokkan hasil perhitungan dengan kenyataan posisi sebenarnya dua benda langit: matahari dan bulan.

Dari hasil pencocokan ini, diusulkan agar metode penghitungan yang kurang akurat tidak dipakai lagi sebagai acuan dalam menentukan awal bulan qomariyah.

Sebuah langkah yang ilmiah dan mendasar, menurut saya, untuk menyatukan kaum muslimin di indonesia dalam menjalankan ibadah-ibadahnya. Dan karena Allah telah memberikan petunjuknya, bahwa sebenarnya matahari dan bulan diciptakan agar manusia bisa menghitung waktu dan penanggalan:

Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan  Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui.

[Al Qur'an, Yunus(10): 5]


Thursday, January 29, 2009

ongbak 2 vs pendekar 5

menjadi satu kepelikan dalam diri aku bila terasa getar dan gemuruh apabila mendapat berita "ongbak 2" sudah berada di pawagam. aku bukan peminat filem sangat untuk aku berkunjung ke pawagam tapi untuk filem2 begini, aku rasa keterujaan yang bukan sedikit. sejak menonton ongbak 1 dahulu, aku declare filem ini merupakan filem aksi / bela diri paling menarik pernah aku tonton. aku bukan bermaksud yang beladiri yang yang dipaparkan dalam filem ongbak 1 (muay thai / muay boran / krabi krabung) ini merupakan yang terbaik di dunia tapi ia menarik dari cara mereka mengolah bela diri ini untuk dipertontonkan.
namun bila melihat filem-filem beladiri melayu, aku sedih dan mual dengan beberapa drama / filem beladiri tempatan. mereka ini mempertontonkan muka pelakon dan bukannya seni yang mahal dalam beladiri melayu yakni silat. setakat buat gaya bunga sikit dan melakukan buah2 yang kadang2 tak lojik lansung. aku bukan tidak menyokong filem / drama ini dibuat namun bila baru-baru ini ( setahun 2 lepas masih baru) aku jijik melihat pelakon seperti cico, pastu pelakon yang memegang watak pemandu dalam drama bersiri puteri ntah aku pun tak ingat nama dia, dan beberapa lagi pelakon jambu bergaya klasik dan menggayakan gerak silat dalam drama bersiri tempatan (setelah aku check internet baru tahu drama tersebut tajuknya "pendekar 5"), aku betul-betul putus harap dengan filem melayu.

kalau dulu, aku suka melihat drama seperti "pendekar kundur" lakonan eman manan, ebby yus..
drama "semutar hitam" lakonan latif borgiba, jebat gurun..
drama "keris hitam bersepuh emas" lakonan eman manan, ebby yus, Rozaidi Rahman
drama "luk tujuh"
filem "anak sarawak"  lakonan ahmad tarmimi sirigar, ahmad yatim, yusuf wahab.. (Rahim Razali - 1988)
filem "syahadat" lakonan eman manan dan yusuf wahab.. (dzed dzalaidin)
dan satu lagi filem yang aku ingat2 lupa, "matinya seorang patriot" lakonan zulkefli zain.. (Rahim Razali - 1984)
filem "puteri" lakonan eman manan, yusuf wahab, ahmad tarmimi sirigar (Rahim Razali - 1987)
filem "hang jebat" lakonan nordin ahmad, M.Amin..  

namun selepas berakhirnya filem / drama melayu bergenre silat pada tahun 80-an, tiba2 dalam 90-an muncul kembali drama bersiri bergenre sama malah bertajuk lebih kurang sama - "pendekar". aku tak pasti tahun berapa tapi drama terbaru ini banyak pelakon wanita. salah seorang yang aku ingat liza abdullah. drama ini aku tak terima sebagai cerita silat tapi ianya lebih kepada kungfu dan menjual muka pelakon wanita yang kununnya cantik.

sehingga kini aku masih menanti untuk menonton semula drama / filem silat era 80-an. aku kagum dengan eman manan tapi sayang banyak masalah peribadi yang dihadapinya. aku kagum dengan Rahim Razali tapi aku mual dengan wataknya dalam "Rozanna" yang sedang ditayangkan sekarang. seorang tua miang. ya.. beliau cuma berlakon. tapi sekarang aku tak pasti sama ada beliau mampu untuk mengarahkan filem sebaik "anak sarawak" lagi.. atau "puteri"..atau "matinya seorang patriot".. atau "abang".. atau "abang 92" dan banyak lagi filem2 beliau dulu..

dan sekarang ini aku masih tak terima filem2 yusuf haslam atau anaknya.. filem aziz m osman pula bagus tapi tak kena dengan jiwa aku. filem "prof" razak mohaideen pula tak payah cakap la. macam pampers pakai buang. sekali tengok saja lepas tu haram nak tengok lagi. filem mamat khalid bagus, sinis tapi tak kena dengan jiwa aku juga.
selain dari filem melayu, drama-drama tempatan yang masuk cerekarama yang kadang2 di tayangkan semula setiap hari raya, mungkin drama sebegini yang mampu aku tonton. drama tentang kehidupan. drama tentang manusia dan masyarakat.

lantas bila muncul ongbak 2, manakan tidak hatiku gemuruh??? 

dari lumut ke pangkor

Sehari sebelum Chinese New Year baru ini aku, wife dan mertua aku pergi makan angin di pulau pangkor. menaiki bot di jeti lumut membuatkan aku rimas dengan ramainya umat yang rata-rata bukan cina. padahal cuti ni untuk orang cina. biasa lah tu. kita masyarakat berbilang kaum. cuti sama-sama.
namun ketika sedang beratur di jeti menuju bot yang sedang menunggu, aku tertarik dengan satu kumpulan yang sekali pandang beragam Hindu sebab mereka berbangsa india. perbualan mereka ku dengar jelas (bukan niat hendak busy body dengar perbualan orang). mereka fasih bertutur dalam bahasa melayu. dan aku terkejut bila salah seseorang dari mereka menyebut "astaghfirullah hal 'azim". ketika itu aku tersedar. aku tersalah membuat andaian awal bahawa mereka beragama hindu. namun aku tidak mengesahkan mereka muslim hanya dengan mendengar mereka menyebut kalimat istighfar tersebut. namun apa yang aku fikirkan, kita sering menghukum orang berdasarkan luaran. walaupun mungkin mereka juga sepatutnya menzahirkan diri mereka benar2 muslimin dan muslimah dengan berjilbab bagi perempuan, namun itu soal mereka dengan Tuhan. selagi mereka mengesakan Allah, aku mesti menerima mereka saudara seagama denganku.
aku teringat satu hadis yang pelajari ketika di sekolah menengah.mafhumnya,

"tidak beriman seorang dari kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mengasihi dirinya sendiri"

bagi aku, andai kita tak mampu untuk beramah mesra dan bertegur sapa dengan saudara2 kita sama ada yang baru mahu pun lama, yang rapat mahupun jauh, yang kenal mahupun tidak, selagi mereka mengucapkan kalimah syahadah.. sekurang2nya kita perlu mengasihi mereka. 

muhasabah | istiqamah

dalam cita-cita kita untuk memperbaiki diri, sering kali kita "terkincit" dan separuh jalan. perkara ini selalu terjadi kepada kebanyakan orang dari kita. perempuan yang mengalami masalah obesiti sanggup berjoging 5 kilometer tapi sayang.. hanya 1 hari.
sang pelajar yang bercita-cita menjadi pelajar terbaik dalam kelasnya sanggup bersengkang mata mentelaah selama 6 jam tapi sayang.. hanya 1 malam. si pembuat maksiat yang mahu bertaubat dan menjadi orang baik bermunajat sehingga pagi tapi sayang.. hanya sekali. keesokannya si abid kembali bermaksiat..
keesokannya sang pelajar kembali leka dengan kawan2 di pusat video game..
keesokannya perempuan itu kembali menelan kek, coklat dan ais krim..
istiqamah.. ini lah perkara yang paling sukar untuk dilakukan.
namun bayi itu hanya mampu bertatih selepas bangun dari jatuh.
namun sikecil itu hanya mampu berjalan selepas puas bertatih.
namun kanak-kanak itu hanya mampu berlari selepas berkali-kali tersadung.
kita sering kali memandang enteng hukum alam yang diciptakan Tuhan.
tidak lah sesuatu itu dijadikan Allah dengan sia-sia.
kenapa ketika kecil kita mampu beristiqamah sehingga kita buka saja dapat bertatih malah dapat berjalan. lebih dari itu kita mampu berlari. namun bila dewasa kita lupakan uslub untuk mendapat apa yang kita hajat. menjadi apa yang kita hendak.
kebanyakan kita hilang rasa pergantungan kepada Tuhan. maka kita mahu semuanya hasil dari usaha kita. kita mahu semuanya dapat dalam sekelip mata. kita tidak mampu bersabar dan sanggup menempuh dugaan.
kita sebenarnya kalah kepada si bayi dari segi pergantungannya kepada Tuhan
kita sebenarnya kalah kepada si kecil dari segi istiqamahnya untuk mendapat sesuatu
kita sebenarnya kalah kepada kepada kanak-kanak ini yang bersabar dan lasak menempuh dugaan..
alangkah malunya...
alam yang sentiasa dekat dengan kita memberi pengajaran tapi kita buta.

istiqamah..perlukan mujahadah
istiqamah..perlukan tawakkal
istiqamah..perlu pada rasa pergantungan pada Tuhan
istiqamah..mohon lah pada Yang Menciptanya

duhai perempuan itu. kalian telah memulakan langkah pertama. usahlah malu andai separuh jalan. teruskan dengan mujahadah.
duhai pelajar itu. kamu sudah punya cita-cita. itu sudah lebih baik dari tiada. biarlah sikit asal berterusan.
duhai lelaki itu. sudah fitrah manusia berperang menentang nafsu. terkadang tewas dalam perjuangan. namun usahlah kau berputus asa dari rahmat Tuhan mu. teruskan perjuangan sehingga nafasmu yang terakhir. mohon dan bertawakal lah pada-Nya.
duhai AKU. kamu lah bayi itu yang berjuang untuk dunianya..
duhai AKU. kamu lah kanak-kanak itu yang berjuang untuk ilmu dan masa depannya..
duhai AKU. kamu lah manusia itu yang berjuang untuk akhiratnya..
AKU..Istiqamahlah kamu.

Tuesday, January 20, 2009

muhasabah | aku dan AJL

AJL 2008 telah sampai ke penghujungnya. pada awalnya hati aku ini begitu teruja untuk sama2 memeriahkan pertandingan akhir AJL ini pada (entah aku pun dah lupa). tambahan pula aku berjaya mendapatkan 4 tiket untuk pertandingan muzik paling "berprestij" di malaysia. namun dek kesibukan bershopping untuk rumah baru, aku terlewat seterusnya membatalkan niat tersebut disaat2 akhir.

membaca satu rencana tentang pencerobohan yang sedang berlaku di Gaza, aku tersedar yang sekarang ni aku terlalu banyak lalai dengan urusan hiburan yang selama ini jarang aku ambil tahu pun. sedang saudara2 kita berperang dan anak kecik yang seagama kita menjadi mangsa (fakta : ketika rencana ini ditulis, lebih 1000 terkorban di palestin. 1/3 adalah kanak2), kebanyakan kita di malaysia sedang asyik berhibur dengan pelbagai bentuk hiburan. dan salah satu daripadanya adalah pertandingan akhir AJL.
lantas aku terfikir dan bersyukur, aku bukan salah seorang yang hadir membuang masa di stadium putra bukit jalil pada malam tersebut.
aku bukanlah seorang anti hiburan tapi terkadang2 aku merasakan, adalah lebih baik jika duit minyak, duit tol dan duit tambang LRT penonton2 AJL akhir di stadium bukit jalil pada malam itu disalurkan ke mana-mana tabung bantuan palestin.
atau lebih baik, kurangkan program2 hiburan di malaysia ini. cukup2 lah tu.

---------------------------------------kita semakin lalai---------------------------------------------------  

200,000 hilang kerja

200,000 hilang kerja


KUALA LUMPUR 19 Jan. – Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan 200,000 pekerja di negara ini terpaksa diberhentikan berikutan merudumnya ekonomi global berbanding 85,000 pekerja sewaktu kemelesetan ekonomi 1998.

Menurut MEF yang dianggotai 4,500 majikan itu, kemelesetan ekonomi global 1998 hanya membabitkan peringkat Asia berbanding krisis semasa yang lebih meluas kesannya.

Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan berkata, sektor yang terjejas teruk pada masa ini ialah industri komponen elektronik dan elektrikal apabila ada di antaranya tidak menerima tempahan produk untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini.



PEKERJA CUTI SEMENTARA MENINGKAT

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Jumlah pekerja kilang yang akan diberi cuti sementara oleh majikan ekoran kegawatan ekonomi global mungkin meningkat pada hujung bulan ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pihaknya tidak dapat menganggarkan angka sebenar yang akan diberi cuti sementara itu, tetapi jumlah tersebut sudah pasti melebihi 45,000 pekerja.

Menurutnya, pemberian cuti sama ada cuti bergaji atau tanpa gaji selama dua atau tiga minggu itu adalah salah satu cara majikan untuk mengatasi masalah kekurangan pengeluaran syarikat masing-masing.



NEGARA MILIKI ASAS KUKUH

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta para pelabur asing dan tempatan agar tidak merasa resah atau gelisah dengan kekuatan ekonomi negara ini.

Jelas Timbalan Perdana Menteri, negara memiliki asas yang kukuh dengan lebihan dagangan yang sihat dan rezab antarabangsa yang mencecah RM316.8 bilion dan
memastikan ekonomi negara berada dalam keadaan baik sepanjang tahun ini.


================================================

huh..ini la negara malaysia dan politik semasa malaysia.. bilakah orang kita akan bersara dari menjadi umat yang memperbodoh dan diperbodohkan. aku tak paham kenapa yang benar nak disembunyikan.
aku terfikir, adakah aku akan menjadi salah seorang daro 200,000 tersebut ????

na'uzubillah

Friday, January 16, 2009

autoworld | SDB

SEPANG DRAG BATTLE 2009

ROUND DATES

(1) 11th - 12th April

(2) 9th - 10th May

(3) 6th - 7th June

(4) 18th - 19th July

(5) 23rd - 25th October

harap2 sempat pegi la...

muhasabah | hikmah

kita tidak akan pernah menghargai hujan
.. jika tidak pernah merasa teriknya kemarau
kita tidak akan pernah merasa senangnya berkereta
.. jika tidak pernah merasa penatnya berjalan
kita tidak akan pernah merasai kelebihan
..jika tidak pernah merasai kekurangan


kita selalu mensia-siakan kehidupan
....sebab kita belum merasai kematian.........

leter | jalan sesak

ni yang sedapnya bila ada blog sendiri. berleter. kadang-kadang aku memang suka berleter (kadang2 ke???) satu perkara yang buat aku selalu berleter, kesesakan jalan raya kat KL ni. tiap2 hari aku memandu dari seri kembangan ke damansara / tropicana melalui LDP - Lebuhraya Damansara Puchong. tol pergi dan balik RM3.20. kebanyakan masa dia LDP melalui jalan 2 lorong. aku terpikir. nama-lebuhraya. tapi 3 lorong jek. ok xpe la kalau macam tu. yang buat aku hangin tiap2 kali nk pergi dan balik, sebab terpaksa bayar RM3.20 untuk melalui satu "lebuhraya" yang sesak (aku dah blh hafal script info trafik sinar). aku boleh terima la sesak tu sebab semua orang nak pergi destinasi / pejabat masing2. tapi kita still kena bayar RM3.20. dan kesesakan paling teruk berlaku, dekat kawasan tol tu lah!!!!
aku terpikir lagi.. sampai bila brader ????

nota: kesian wife aku asyik kena urut belakang aku.. suruh sabar..

autoworld | fast and furious 4

aku memang minat filem ni sejak fast and furious 1, 2 and tokyo drift lagi..
tapi yang paling best aku rasa yang first sebab gandingan 2 pelakon asal / utama ni. dan untuk fast and furious 4, selagi mereka ni digandingkan. Vin Diesel dan paul Walker. dengar ceritanya filem ini akan berada di pawagam Jun 2009.

ini maklumat dari ZTH

Fast & Furious 4 is coming soon and Universal has released the second theatrical trailer. Yes, it's the return of Dom Toretto and Brian O'Connor, a.k.a. Vin Diesel and Paul Walker, to the roles that made them famous. The new trailer after the jump shows a nice romp through L.A. as O'Connor chases down a token bald and inked Latino man who must have done something really bad. We're then whooshed to the Mexican desert, where the combined forces of Diesel and Walker are required to… drive cars for some sort of larger purpose yet unknown to us.

muhasabah | ada apa dalam hati..

mm ada apa dalam hati?? or.. ada apa dengan hati..?? soalan2 begini akan mengundang pelbagai jenis jawapan yang berbeza-beza. bergantung dengan siapa yang menjawab atau bagaimana cara hidup si penjawab. Dan aku rasa sesetengah antara kita jarang dengar soalan camni.. (aku pun jarang jugak.. kekeke)
klu tanya siapa di hati, haa soalan ni selalu dengar kan?

aku bukan org yang berilmu. tapi aku percaya persoalan, ada apa dengan hati ini, bukan perkara remeh. dalam hati ada kalbu yang mengandungi pelbagai sifat2 terpuji atau mahmudah seperti sabar, redha, dan sebagainya. dalam hati juga ada sifat keji atau mazmumah jika berada pada diri manusia seperti dengki, tamak, sombong dan lain2 lagi.
selain daripada itu, ada juga sifat2 lain yang dinamakan perasaan seperti cinta, marah, kasihan, takut dan banyak lagi yang aku dan korang semua rasa.
didalam kalbu ini lah terjadi satu peperangan yang sangat hebat. perang diantara mahmudah dan mazmumah, perang di antara yang terkeji dan terpuji atau perang di antara yang baik dan yang jahat. peperangan yang tidak akan pernah selesai. tiada MOU genjatan senjata dan tidak ada perjanjian damai. ini kerana peperangan ini di ketuai oleh IMAN yang menerajui tentera2 baik dan NAFSU mengetuai tentera2 jahat. ini kerana matlamat kedua2 pihak ini tidak pernah sama. tambahan pula datanganya tertera bersekutu NAFSU yang dinamakan IBLIS datang mengapi2kan dan membuat jenayah di medan perang. yang melakukan pelbagai onar untuk memastikan kekalahan IMAN. pelbagai cara dan helah digunakan untuk menunaikan janji mereka semata2 kerana dendam kesumat yang tak pernah kunjung padam. andai salah satu antara keduanya tewas, maka yang tewas akan menjadi hamba kepada yang menang selagi mana dia tidak memberontak untuk melawan semula.

maka pihak yang menang akan mengemudi sebuah kerajaan yang dinamakan "KERAJAAN DIRI".
ini lah politik dalaman, perang saudara, pilihanraya dan pemberontakan jalanan yang setiap saat sedang berlaku dalam diri setiap orang.
namun.. pernah kah kita sedar????

Thursday, January 15, 2009

blh jugak ekk??

antar post dalam blog pakai emel pun blh ek?? ishh.. aku baru tau..

nyata aku masih hijau dalam bidang ni..

xtvt | training..

mlm ni sepatutnya aku pi training satu martial art ni kat tempat lama aku.. last week adalah first time aku pegi setelah setahun lebih aku x berpeluh.. huh.. sakit badan dibuatnya.. lenguh urat.. mm tak tau kenapa malas sgt padahal dulu aku minat sangat..
mmm setiap sesuatu yang bermanfaat perlukan mujahadah...

klu yang buruk pula?????

mencari identiti..

aku masih dalam proses mencari identiti untuk blog aku ni.. aku mahu jujur dalam menulis.. aku menulis untuk mengenali diri aku sendiri..
apa kah ini bermakna aku dalam masa yang sama mencari identiti diri aku sendiri??? bukan..bukan macam tu.. identiti aku org biasa.. org kebanyakan.. aku xdak secret identity macam papaya tuh..or macam cicak man tu...
mm apakah aku ada krisis identiti...?? huh.. lagi la bukan..

aku menulis untuk mengenali diri aku sendiri?????
atau
aku menulis untuk mengubah diri aku???

hmmmm

apa aku nk tulis sebenarnya....

mmm.. ni la soklan yang bermain dalam kepala aku.. apa yang aku nk tulis??
politik ??? aku minat tapi aku tak dak bnyk input..huh..baik aku baca blog2 politik laen.. huhu..
memang syok baca bab politik ni..tapi ada gak org yang xmau amik tau.. jenih ni memang bangang sikit la.. minyak naik.."ala nak wat camna.. USA punya pasal la ni..."
barang naik.."mm teruk la depa ni..tau nk naik rega barang saja.. seb baik aku kaya.." HUH???
hmm..bengong...
mm nak cakap pasal keta.. haa yang ni aku minat..nnt aku update bnyk2 sikit pasal event, teknologi dan apa2 saja yang sangkut ngan kenderaan ni.. aku minat sungguh bab nih..
mm lagi..pasal martial art.. yang ni pun aku minat.. aku tak tau nk tulis apa lagi.. tapi org kata klu minat tu.. kita akan amik tau..
mmm..lagi...ada beberapa perkara lagi yang tak harus aku catatkan di sini lagi.. satu perkara yang amat penting.. satu perkara yang insyaAllah akan selalu aku karangkan di sini... bukan untuk org lain saja..tapi yang lebih penting untuk diri aku jugak...

sebenarnya dalam hidup kita ni bnyk kejadian2 yang mematangkan kita.. sama ada kecik atau besar..terpulang pada kita untuk meneliti setiap hikmah yang berlaku..
hidup kita x lama.. umpama berhenti di R&R dalam perjalanan dari KL untuk balik kampung saja..jalan yang sehala.. jalan yang hanya sekali saja kita lalui..

bukakan mata..
telitilah setiap pemandangan yang berada didepan mata..
kelak kita tahu kita sudah hampir tiba ke destinasi.......

post pertama..aku buang masa kah???

ini post pertama aku..
selalunya aku baca blog2 org laen macam syok ja.. aku terpikir.. mungkin ini cara untuk bgtau pendapat kita tentang apa saja.. mungkin kita blh share pendapat kita ngan org lain.. atau mungkin kita blh explore apa lagi yang ada dalam akal kita ni.. kadang2 kita jadi lembab sbb xnak pikir atau malas nk pikir.. otak berkarat..otak lemau..
huh..aku xmau otak aku jadi camtu.. aku mau tulis s'thing yang ada manafaat.. klu xdak pun.. merapu pi lah.. tapi aku rasa macam2 aku nk tulis.. tengok la macam mana....