Tuesday, March 24, 2009

kapitalis vs sosialis vs ekonomi islam

dalam keadaan ekonomi global yang kian tenat, ramai yang memperkatakan tentang ajal sistem kapitalisma yang sangat hampir. begitu banyak fakta2 dan rumor yang menguatkan kenyataan ini.
aku bukan ahli ekonomi. untuk rekod, subjek ekonomi asas aku dalam SPM, aku dapat 5. di uia, memang banyak subjek2 ekonomi yang aku belajar. mikroekonomi, makroekonomi dan banyak lagi yang dengar nama subjek pun aku tak minat dan dah lupa. aku lulus cukup makan. dan aku memang tak pandai nak cakap pasal ekonomi.
tapi ada seperkara yang membuatkan aku rasa nak bercakap.

kembali pada keadaan ekonomi sekarang, rata2 blogger mengeluarkan pendapat yang 'cekang' tentang nazaknya kapitalisma. dan masa yang sama ramai antara mereka juga yang 'cekang' mempromosikan alternatif lain iaitu sistem ekonomi yang beridealogikan sosialisma. bagi mereka ini sistem yang lebih adil. lebih mesra rakyat. bagi aku ini adalah fahaman yang kurang tepat dan tidak berlandaskan al-quran.
tak perlu aku huraikan dengan panjang lebar beza antara 3 sistem ekonomi ini. banyak sumber jika hati benar ingin mencari kebenaran.
cuma aku ingin menyuarakan bahawa sistem ekonomi islam adalah yang terbaik dan paling adil. islam menggalakan umatnya mencari rezeki @ dunia dengan bersungguh2 dalam masa yang sama tidak meninggalkan urusan akhirat. si kaya wajib membantu si miskin melalui zakat. si kaya di galakan membantu si miskin melalui sedekah dan amal jariah. tiada paksaan pada yang perkara sunat namun sumber untuk simiskin tetap terjamin melalui wajibnya zakat. ini adalah contoh aliran ekonomi dalam masyarakat islam. adakah perkara wajib ini wujud dalam masyarakat kapitalis? adakah perkara yang digalakan dan mempunyai pilihan ini wujud dalam masyarakat sosialis?
ini cuma satu contoh. aku akui negara kita memang ada sistem perbankan islam namun ianya tidak menyeluruh. maksud aku hanya bank kita perbankan islam.  kita juga ada pusat zakat tapi bagaimana pula dengan pengagihannya? cukup kah sekadar bank islam dan pusat zakat? bagaimana pula dengan sistem ekonomi? jangan pula ada yang mengatakan dalam islam tiada ajaran tentang ekonomi.
andai perkara sebegini pun di perincikan dalam islam, mengapa orang kita lebih berminat untuk mempromosikan sebuah idealogi berbanding syariat?
atau adakah kita akan hanya menerima islam setelah ianya di"idealogi"kan ?

sekadar perkongsian ...








Vatican offers Islamic finance system to Western Banks
The Vatican says Islamic finance system may help Western banks in crisis as alternative to capitalistm. Friday, 06 March 2009 15:10

World Bulletin / News Desk The Vatican offered Islamic finance principles to Western banks as a solution for worldwide economic crisis.

Daily Vatican newspaper, 'L'Osservatore Romano, reported that Islamic banking system may help to overcome global crisis, Turkish media reported.
The Vatican said banks should look at the ethical rules of Islamic finance to restore confidence amongst their clients at a time of global economic crisis.

"The ethical principles on which Islamic finance is based may bring banks closer to their clients and to the true spirit which should mark every financial service," the Vatican's official newspaper Osservatore Romano said in an article in its latest issue late yesterday.