Friday, January 16, 2009

autoworld | SDB

SEPANG DRAG BATTLE 2009

ROUND DATES

(1) 11th - 12th April

(2) 9th - 10th May

(3) 6th - 7th June

(4) 18th - 19th July

(5) 23rd - 25th October

harap2 sempat pegi la...

muhasabah | hikmah

kita tidak akan pernah menghargai hujan
.. jika tidak pernah merasa teriknya kemarau
kita tidak akan pernah merasa senangnya berkereta
.. jika tidak pernah merasa penatnya berjalan
kita tidak akan pernah merasai kelebihan
..jika tidak pernah merasai kekurangan


kita selalu mensia-siakan kehidupan
....sebab kita belum merasai kematian.........

leter | jalan sesak

ni yang sedapnya bila ada blog sendiri. berleter. kadang-kadang aku memang suka berleter (kadang2 ke???) satu perkara yang buat aku selalu berleter, kesesakan jalan raya kat KL ni. tiap2 hari aku memandu dari seri kembangan ke damansara / tropicana melalui LDP - Lebuhraya Damansara Puchong. tol pergi dan balik RM3.20. kebanyakan masa dia LDP melalui jalan 2 lorong. aku terpikir. nama-lebuhraya. tapi 3 lorong jek. ok xpe la kalau macam tu. yang buat aku hangin tiap2 kali nk pergi dan balik, sebab terpaksa bayar RM3.20 untuk melalui satu "lebuhraya" yang sesak (aku dah blh hafal script info trafik sinar). aku boleh terima la sesak tu sebab semua orang nak pergi destinasi / pejabat masing2. tapi kita still kena bayar RM3.20. dan kesesakan paling teruk berlaku, dekat kawasan tol tu lah!!!!
aku terpikir lagi.. sampai bila brader ????

nota: kesian wife aku asyik kena urut belakang aku.. suruh sabar..

autoworld | fast and furious 4

aku memang minat filem ni sejak fast and furious 1, 2 and tokyo drift lagi..
tapi yang paling best aku rasa yang first sebab gandingan 2 pelakon asal / utama ni. dan untuk fast and furious 4, selagi mereka ni digandingkan. Vin Diesel dan paul Walker. dengar ceritanya filem ini akan berada di pawagam Jun 2009.

ini maklumat dari ZTH

Fast & Furious 4 is coming soon and Universal has released the second theatrical trailer. Yes, it's the return of Dom Toretto and Brian O'Connor, a.k.a. Vin Diesel and Paul Walker, to the roles that made them famous. The new trailer after the jump shows a nice romp through L.A. as O'Connor chases down a token bald and inked Latino man who must have done something really bad. We're then whooshed to the Mexican desert, where the combined forces of Diesel and Walker are required to… drive cars for some sort of larger purpose yet unknown to us.

muhasabah | ada apa dalam hati..

mm ada apa dalam hati?? or.. ada apa dengan hati..?? soalan2 begini akan mengundang pelbagai jenis jawapan yang berbeza-beza. bergantung dengan siapa yang menjawab atau bagaimana cara hidup si penjawab. Dan aku rasa sesetengah antara kita jarang dengar soalan camni.. (aku pun jarang jugak.. kekeke)
klu tanya siapa di hati, haa soalan ni selalu dengar kan?

aku bukan org yang berilmu. tapi aku percaya persoalan, ada apa dengan hati ini, bukan perkara remeh. dalam hati ada kalbu yang mengandungi pelbagai sifat2 terpuji atau mahmudah seperti sabar, redha, dan sebagainya. dalam hati juga ada sifat keji atau mazmumah jika berada pada diri manusia seperti dengki, tamak, sombong dan lain2 lagi.
selain daripada itu, ada juga sifat2 lain yang dinamakan perasaan seperti cinta, marah, kasihan, takut dan banyak lagi yang aku dan korang semua rasa.
didalam kalbu ini lah terjadi satu peperangan yang sangat hebat. perang diantara mahmudah dan mazmumah, perang di antara yang terkeji dan terpuji atau perang di antara yang baik dan yang jahat. peperangan yang tidak akan pernah selesai. tiada MOU genjatan senjata dan tidak ada perjanjian damai. ini kerana peperangan ini di ketuai oleh IMAN yang menerajui tentera2 baik dan NAFSU mengetuai tentera2 jahat. ini kerana matlamat kedua2 pihak ini tidak pernah sama. tambahan pula datanganya tertera bersekutu NAFSU yang dinamakan IBLIS datang mengapi2kan dan membuat jenayah di medan perang. yang melakukan pelbagai onar untuk memastikan kekalahan IMAN. pelbagai cara dan helah digunakan untuk menunaikan janji mereka semata2 kerana dendam kesumat yang tak pernah kunjung padam. andai salah satu antara keduanya tewas, maka yang tewas akan menjadi hamba kepada yang menang selagi mana dia tidak memberontak untuk melawan semula.

maka pihak yang menang akan mengemudi sebuah kerajaan yang dinamakan "KERAJAAN DIRI".
ini lah politik dalaman, perang saudara, pilihanraya dan pemberontakan jalanan yang setiap saat sedang berlaku dalam diri setiap orang.
namun.. pernah kah kita sedar????