Friday, March 27, 2009

FIA Confirms WRC Rally Cars To Run Naturally Aspirated - Turbochargers Banned

Antara kesan krisis ekonomi global..


With auto manufacturers turning to forced induction as the method to increase power and engine efficiency, the World Motorsports Council (WMC) has passed a new regulation that will ban turbochargers on WRC rally cars from 2011 onwards. This will leave aero mods as the only alteration left to be made to the already heavily modified S2000 rally car.

Besides the cars being naturally aspirated from 2011onwards; from 2013, in a decision proposed by the World Rallies Commission of the FIA and also ratified by the WSMC, the cars will run "cost-effective" 1.6-liter turbocharged engines.

While the regulations have driven industry stalwart Subaru out of the WRC, they could open the door to other manufacturers such as Peugeot, Skoda, Abarth, and our very own Proton (stand proud) who already run S2000 cars in the WRC-rival Intercontinental Rally Challenge.

Source: ZTH / AutoBlog

Tuesday, March 24, 2009

kapitalis vs sosialis vs ekonomi islam

dalam keadaan ekonomi global yang kian tenat, ramai yang memperkatakan tentang ajal sistem kapitalisma yang sangat hampir. begitu banyak fakta2 dan rumor yang menguatkan kenyataan ini.
aku bukan ahli ekonomi. untuk rekod, subjek ekonomi asas aku dalam SPM, aku dapat 5. di uia, memang banyak subjek2 ekonomi yang aku belajar. mikroekonomi, makroekonomi dan banyak lagi yang dengar nama subjek pun aku tak minat dan dah lupa. aku lulus cukup makan. dan aku memang tak pandai nak cakap pasal ekonomi.
tapi ada seperkara yang membuatkan aku rasa nak bercakap.

kembali pada keadaan ekonomi sekarang, rata2 blogger mengeluarkan pendapat yang 'cekang' tentang nazaknya kapitalisma. dan masa yang sama ramai antara mereka juga yang 'cekang' mempromosikan alternatif lain iaitu sistem ekonomi yang beridealogikan sosialisma. bagi mereka ini sistem yang lebih adil. lebih mesra rakyat. bagi aku ini adalah fahaman yang kurang tepat dan tidak berlandaskan al-quran.
tak perlu aku huraikan dengan panjang lebar beza antara 3 sistem ekonomi ini. banyak sumber jika hati benar ingin mencari kebenaran.
cuma aku ingin menyuarakan bahawa sistem ekonomi islam adalah yang terbaik dan paling adil. islam menggalakan umatnya mencari rezeki @ dunia dengan bersungguh2 dalam masa yang sama tidak meninggalkan urusan akhirat. si kaya wajib membantu si miskin melalui zakat. si kaya di galakan membantu si miskin melalui sedekah dan amal jariah. tiada paksaan pada yang perkara sunat namun sumber untuk simiskin tetap terjamin melalui wajibnya zakat. ini adalah contoh aliran ekonomi dalam masyarakat islam. adakah perkara wajib ini wujud dalam masyarakat kapitalis? adakah perkara yang digalakan dan mempunyai pilihan ini wujud dalam masyarakat sosialis?
ini cuma satu contoh. aku akui negara kita memang ada sistem perbankan islam namun ianya tidak menyeluruh. maksud aku hanya bank kita perbankan islam.  kita juga ada pusat zakat tapi bagaimana pula dengan pengagihannya? cukup kah sekadar bank islam dan pusat zakat? bagaimana pula dengan sistem ekonomi? jangan pula ada yang mengatakan dalam islam tiada ajaran tentang ekonomi.
andai perkara sebegini pun di perincikan dalam islam, mengapa orang kita lebih berminat untuk mempromosikan sebuah idealogi berbanding syariat?
atau adakah kita akan hanya menerima islam setelah ianya di"idealogi"kan ?

sekadar perkongsian ...








Vatican offers Islamic finance system to Western Banks
The Vatican says Islamic finance system may help Western banks in crisis as alternative to capitalistm. Friday, 06 March 2009 15:10

World Bulletin / News Desk The Vatican offered Islamic finance principles to Western banks as a solution for worldwide economic crisis.

Daily Vatican newspaper, 'L'Osservatore Romano, reported that Islamic banking system may help to overcome global crisis, Turkish media reported.
The Vatican said banks should look at the ethical rules of Islamic finance to restore confidence amongst their clients at a time of global economic crisis.

"The ethical principles on which Islamic finance is based may bring banks closer to their clients and to the true spirit which should mark every financial service," the Vatican's official newspaper Osservatore Romano said in an article in its latest issue late yesterday.

Monday, March 23, 2009

kursus intensif

pagi ni hari ke2 aku bangun dalam keadaan sakit2 tubuh. dah lama sangat aku tak rasa camni. sebabnya 20-22 mac 2009 lepas ada kursus intensif silat kat tempat blajar aku dulu (uia). walaupun aku main hanya 1 sesi dan x bersungguh sangat pun, tapi disebabkan lama (bertahun) aku tinggalkan latihan, aku agak fail.
bertemu sifu yang aku anggap macam saudara sendiri, aku mendapat suntikan semangat.
aku masih ingat 7 tahun dulu sifu pernah cakap " adakah kita nak hidup kita sekarang ni, bila dah abis belaja dekat U, keja..cari duit.. pastu bila bertemu jodoh, kita kawin dan dapat anak.. hidup kita diteruskan dengan kerja siang hari dan lepak kat rumah tengok tv pada waktu malam. kita tak sedar anak kita dah besar.. mengulangi cara hidup kita, masuk U.. kerja dan kawin. dan waktu tu mungkin kita dah pencen dan duduk rumah main dengan cucu.. sampai la umur kita dihujung usia, kita kembali ke tempat asal kita tanpa ada apa2 sumbangan kepada islam. dalam keadaan kita lupa bahawa kita wajib untuk berda'wah, menjadi khalifah dan sebagainya.
apa kita nak jawab di akhirat kelak andai ditanya apakah sumbangan kita kepada Islam??? .. berda'wah tak semestinya kena jadi tok guru dan berceramah di masjid2. kalau kita turun berlatih silat sekali pun, kita blh berda'wah dengan kadar kemampuan kita. jadikan benda yang kita minat satu manfaat dan jalan bagi kita untuk menjadi lebih dekat kepada Allah.."

mungkin dah tiba masanya aku kembali aktif..sekurang2 seminggu sekali :)

............satu persoalan setiap kali aku berazam..."istiqamah.."

Monday, March 2, 2009

Masihkah kita menjadi penonton?

"Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami. "Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?" "Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya." "

Saudaramu, 
Khalil Ismail al-Hayya 
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin, 
14 Mei 2006 – Kuala Lumpur.

Masihkah kita hanya menjadi penonton?
• Sedangkan hakikatnya jihad qitaal (berperang fi-sabilillah) sedang berlangsung:
– Palestin : untuk membebaskan tanah air dan Al- Quds 
– Lubnan : untuk mempertahankan tanah air dari pencerobohan Zionis. 
• Jika tidak boleh mengorbankan jiwa, maka korbankan harta, tenaga dan lain- lain untuk membantu para mujahidin. 
• Kita tidak ada pilihan lain melainkan kita WAJIB membantu mereka
• Dr Yusuf Qardhawi dalam sebuah persidangan ulama memutuskan fatwa membantu rakyat Palestin sudah menjadi kewajipan (bukan lagi sedeqah).

Antara yang boleh kita laksanakan:
1. Khutbah Juma'at & tazkirah Juma'at
2. Buat kutipan dana
3. Pulaukan barangan Israel dan Amerika – terutama yang menjadi simbol mereka.
"Setiap riyal, dirham...dsbnya yang digunakan untuk mmbeli barangan mereka akhirnya menjadi peluru yang akan menembusi jantung saudara-saudara dan anak-anak kita di Palestin. Oleh sebab itu, adalah menjadi kewajipan untuk tidak membantu mereka (musuh Islam) dengan membeli barangan mereka. Membeli barangan mereka bermakna sokongan kepada kekejaman, penindasan dan penyerangan (mereka) " Yusuf Al-Qardhawi 
4. Anjur majlis perkongsian maklumat – di masjid, surau sekolah & pejabat
5. Menyatakan bantahan secara lisan & perbuatan
6. Mengedarkan risalah
7. Menulis dan berkarya – buku, ruangan pendapat, sms, e-mail, kumpulan forum maya dll
8. Menaja pelajar & anak angkat Palestin
9. Menderma
10. Berdoa dan Solat Hajat untuk Palestin

Sumbangan artikel: AMAN PALESTIN

Walaupun di mana jua kita berada, Palestin, Masjid Al-Aqsa tetap milik orang Islam, tetap kiblat pertama umat Islam. Marilah kita semua menginsafi serangan demi serangan yang dilancarkan kepada Semenanjung Gaza dalam seminggu ini sebagai pembangkit semangat untuk kita meneruskan perjuangan kita di medan masing-masing.

islam itu agama kah?

seringkali kita terkeliru dengan mengganggap islam sekadar agama. wajib kita perbaharui anggapan ini.
islam bukan sekadar agama. islam lebih daripada itu. islam itu addin. addin bermaksud cara hidup. cara hidup yang mnyeluruh. cara hidup yang mendefinasikan bagaimana kita menguruskan hidup kita selagi kita dibawah kawalan sedar. bagaimana kita memulakan hari  ini sehinggalah keesokan harinya. 

islam bukan sekadar sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja.
islam bukan sekadar nikah / cerai sahaja. 
islam bukan sekadar yasin, sembahyang mayat, talkin dan kubur sahaja.

islam adalah cara hidup..
makan..ada cara islam.
masuk tandas.. ada cara islam.
mandi..ada cara islam
ketua kampung..ada cara islam
polis.. ada cara islam.
POLITIK.. ada cara islam
UNDANG-UNDANG.. ada cara islam.
mengundi.. ada cara islam..

islam adalah addin yang lengkap.

tapi kenapa ada yang mengatakan.. 
- undang-undang ikut manusia.. (padahal bumi dan semuanya isinya ini milik Allah)
- pemerintahan ikut cara manusia (padahal manusia hanyalah khalifah untuk mentadbir bumi..khalifah / wakil..mesti kena ikut 
  Tuannya..bukan ikut kepala sendiri)
- islam lain..politik lain..politik itu kotor..islam cantik (sebab islam cantik lah didalamnya ada panduan untuk berpolitik.. yang busuk itu  
  manusia yang berpolitik.. bukan politik itu sendiri.. kaji sejarah islam..nabi muhammad pun berpolitik)
- undang2 islam sesuai zaman nabi dulu sahaja (eh..zaman nabi dulu kat madinah..kristian, yahudi, nasrani, munafik suma ada tau..  
  jangan banyak alasan kalau tak nak ke islam. islam sesuai dengan semua zaman. zaman yang kena ikut islam.. bukan islam yang  
  ikut zaman.)

islam maksudnya tunduk dan patuh dengan apa saja yang disyariatkan oleh Allah melalui utusan-Nya, Nabu Muhammad S.A.W.

kalau tolak undang2 islam bermakna engkar perintah Allah. kalau engkar bermakna tak mahu tunduk / patuh. 
kalau tidak mahu tunduk / patuh bermakna ???

contoh : kalau x sembahyang fardhu (tapi tahu yang solat itu wajib), kita dosa besar.
             tapi kalau x sembahyang fardhu dan mengatakan solat itu tidak wajib, dan tidak mahu terima kewajiban solat itu, 
             maka jatuh la aqidah kita..nauzubillah.

- bagaimana pula orang yang menolak al-quran sebagai sumber hukum atau dasar pemerintahan sesebuah negara? (hebat sangat kah 
  orang yang nak buat dasar ikut kepala hotak dia sendiri? berani betul..)
- bagaimana pula dengan orang yang mengatakan tafsir al-quran perlu dikaji semula? (alasannya tafsir itu sesuai pada zaman nabi 
  sahaja. zaman sekarang kena tafsir semula supaya "islam dapat dilaksanakan dizaman ini".. eh bukan kah ini seolah2 usaha hendak 
  "membiblekan" al-quran.?? menafsirkan alquran ikut nafsu sendiri??? ) 
- bagaimana pula dengan orang yang mengganggap al-quran sebagai sumber yang ketinggalan zaman? bagi mereka, cukup la alquran 
  diguna di mahkamah syariah, buat mengadili laki bini dalam soal nikah / cerai sahaja..buat dakwaan untuk orang kena tangkap 
  khalwat sahaja. (habis tu hudud nak letak mana???? takzir nak letak mana???? qisas nak letak mana??? hukum2 ini buat hiasan 
  dalam al-quran saja kah????)


kenapa sampai begini Addin yang lengkap ini diperlakukan oleh "umat islam" sendiri?????




ISLAMU YU'LA..WALA YU'LA ALAIH..
ISLAM ITU TINGGI..DAN TIADA YANG LEBIH TINGGI DARINYA..