Friday, April 3, 2009

rintihan sekeping hati




Tuhan..
Kau telah takdirkan hidupku bersamanya
Kau telah takdirkan hidupnya bersamaku
Kau telah takdirkan kami hidup bersama

Tuhan..
Terima kasih ku ucapkan padamu
Atas nikmat yang Kau berikan ini
Seorang isteri yang jujur lagi setia
Yang ku percaya akan cintanya

Tuhan..
Sering kali aku mengecewakannya
Namun itulah diriku yang lemah lagi hina
Jauh disudut hati aku merana
Melihat air mata yang jernih
Berderai dari sudut kelopak mata
Yang amat sayu untuk ku pandang

Tuhan..
Terkadang kala aku lebih berharap
Agar aku yang merasa siksa pedih
Hancur hati dan sedih pilu
Kerana Kau lebih mengerti perasaan ini
Melihatnya sedih hatiku menangis
Melihat air matanya hatiku merana

Tuhan..
Ku tahu betapa dia berusaha
Untuk menjadi isteri yang solehah
Menepis segala susah dan gelora
Demi seorang suami
Ternyata dia berjaya melangkah kehadapan
melangkaui diriku yang masih bertatih
membelah onak dan ranjau
lorong perjalanan sebuah rumahtangga

Tuhan..
damaikan lah dia..
sembuhkan lah luka hatinya..
ku berazam akan membuka lorong itu dengan jiwa dan ragaku
agar dia melaluinya dengan tenang
ku berazam akan menjadi perisai tubuhnya
dari segala kesakitan di perjalanan


Tuhan..
Kau pun tahu
Betapa ku ingin melihat dia bahagia
Sama ada didunia yang fana ini
Hingga di akhirat sana
Moga kami tetap berkasih sayang
Di dalam syurga Mu..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Ampunkan dosa ku
Ampunkan dosa kami
Bimbing lah kami
Ke jalan yang Kau redhoi..