Tuesday, January 20, 2009

muhasabah | aku dan AJL

AJL 2008 telah sampai ke penghujungnya. pada awalnya hati aku ini begitu teruja untuk sama2 memeriahkan pertandingan akhir AJL ini pada (entah aku pun dah lupa). tambahan pula aku berjaya mendapatkan 4 tiket untuk pertandingan muzik paling "berprestij" di malaysia. namun dek kesibukan bershopping untuk rumah baru, aku terlewat seterusnya membatalkan niat tersebut disaat2 akhir.

membaca satu rencana tentang pencerobohan yang sedang berlaku di Gaza, aku tersedar yang sekarang ni aku terlalu banyak lalai dengan urusan hiburan yang selama ini jarang aku ambil tahu pun. sedang saudara2 kita berperang dan anak kecik yang seagama kita menjadi mangsa (fakta : ketika rencana ini ditulis, lebih 1000 terkorban di palestin. 1/3 adalah kanak2), kebanyakan kita di malaysia sedang asyik berhibur dengan pelbagai bentuk hiburan. dan salah satu daripadanya adalah pertandingan akhir AJL.
lantas aku terfikir dan bersyukur, aku bukan salah seorang yang hadir membuang masa di stadium putra bukit jalil pada malam tersebut.
aku bukanlah seorang anti hiburan tapi terkadang2 aku merasakan, adalah lebih baik jika duit minyak, duit tol dan duit tambang LRT penonton2 AJL akhir di stadium bukit jalil pada malam itu disalurkan ke mana-mana tabung bantuan palestin.
atau lebih baik, kurangkan program2 hiburan di malaysia ini. cukup2 lah tu.

---------------------------------------kita semakin lalai---------------------------------------------------  

200,000 hilang kerja

200,000 hilang kerja


KUALA LUMPUR 19 Jan. – Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan 200,000 pekerja di negara ini terpaksa diberhentikan berikutan merudumnya ekonomi global berbanding 85,000 pekerja sewaktu kemelesetan ekonomi 1998.

Menurut MEF yang dianggotai 4,500 majikan itu, kemelesetan ekonomi global 1998 hanya membabitkan peringkat Asia berbanding krisis semasa yang lebih meluas kesannya.

Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan berkata, sektor yang terjejas teruk pada masa ini ialah industri komponen elektronik dan elektrikal apabila ada di antaranya tidak menerima tempahan produk untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini.



PEKERJA CUTI SEMENTARA MENINGKAT

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Jumlah pekerja kilang yang akan diberi cuti sementara oleh majikan ekoran kegawatan ekonomi global mungkin meningkat pada hujung bulan ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pihaknya tidak dapat menganggarkan angka sebenar yang akan diberi cuti sementara itu, tetapi jumlah tersebut sudah pasti melebihi 45,000 pekerja.

Menurutnya, pemberian cuti sama ada cuti bergaji atau tanpa gaji selama dua atau tiga minggu itu adalah salah satu cara majikan untuk mengatasi masalah kekurangan pengeluaran syarikat masing-masing.



NEGARA MILIKI ASAS KUKUH

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta para pelabur asing dan tempatan agar tidak merasa resah atau gelisah dengan kekuatan ekonomi negara ini.

Jelas Timbalan Perdana Menteri, negara memiliki asas yang kukuh dengan lebihan dagangan yang sihat dan rezab antarabangsa yang mencecah RM316.8 bilion dan
memastikan ekonomi negara berada dalam keadaan baik sepanjang tahun ini.


================================================

huh..ini la negara malaysia dan politik semasa malaysia.. bilakah orang kita akan bersara dari menjadi umat yang memperbodoh dan diperbodohkan. aku tak paham kenapa yang benar nak disembunyikan.
aku terfikir, adakah aku akan menjadi salah seorang daro 200,000 tersebut ????

na'uzubillah