Monday, March 23, 2009

kursus intensif

pagi ni hari ke2 aku bangun dalam keadaan sakit2 tubuh. dah lama sangat aku tak rasa camni. sebabnya 20-22 mac 2009 lepas ada kursus intensif silat kat tempat blajar aku dulu (uia). walaupun aku main hanya 1 sesi dan x bersungguh sangat pun, tapi disebabkan lama (bertahun) aku tinggalkan latihan, aku agak fail.
bertemu sifu yang aku anggap macam saudara sendiri, aku mendapat suntikan semangat.
aku masih ingat 7 tahun dulu sifu pernah cakap " adakah kita nak hidup kita sekarang ni, bila dah abis belaja dekat U, keja..cari duit.. pastu bila bertemu jodoh, kita kawin dan dapat anak.. hidup kita diteruskan dengan kerja siang hari dan lepak kat rumah tengok tv pada waktu malam. kita tak sedar anak kita dah besar.. mengulangi cara hidup kita, masuk U.. kerja dan kawin. dan waktu tu mungkin kita dah pencen dan duduk rumah main dengan cucu.. sampai la umur kita dihujung usia, kita kembali ke tempat asal kita tanpa ada apa2 sumbangan kepada islam. dalam keadaan kita lupa bahawa kita wajib untuk berda'wah, menjadi khalifah dan sebagainya.
apa kita nak jawab di akhirat kelak andai ditanya apakah sumbangan kita kepada Islam??? .. berda'wah tak semestinya kena jadi tok guru dan berceramah di masjid2. kalau kita turun berlatih silat sekali pun, kita blh berda'wah dengan kadar kemampuan kita. jadikan benda yang kita minat satu manfaat dan jalan bagi kita untuk menjadi lebih dekat kepada Allah.."

mungkin dah tiba masanya aku kembali aktif..sekurang2 seminggu sekali :)

............satu persoalan setiap kali aku berazam..."istiqamah.."