Wednesday, August 5, 2009

berbaik sangka dengan Allah..

Bila Allah cepat makbulkan Doamu , Maka DIA Menyayangimu ,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu , Maka DIA Ingin Mengujimu ,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu , Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih
Baik Untukmu.

Friday, July 3, 2009

negara kita miskin atau kaya ???

baru sekejap tadi aku bersembang dengan rakan2 sepejabat tentang maksud liberalisasi yang diwar2kan oleh PM "kesayangan" kita. aku sebenarnya tidak faham kenapa langkah ini harus diambil. banyak yang perlu diperjelaskan. tapi bila membaca pendapat tukartiub - http://tukartiub.blogspot.com/2009/07/dasar-ekonomi-baru-yang-terbaru.html , aku semakin jelas. perkara ini menjadi tajuk perbualan kami dalam perjalanan pulang dari masjid TTDI. bagi aku, negara malaysia terlalu banyak sumber. kita sepatutnya lebih makmur jika bukan kerana satu dua temolok yang tak pernah cukup. negara kita penuh dengan sumber. darat dan laut. bandar dan desa. dari perlis hingga ke sabah. dari sudut perniagaan, pelancongan, ladang, sumber laut, ikan, kelapa sawit. dan tak cukup lagi, syarikat2 swasta dari bidang IT, engineering, construction dan sebagainya juga menjadi sumber pendapatan negara melalui cukai2 dan sebagainya. ini belum masuk cukai2 pendapatan rakyat...cukai itu dan cukai ini. rakyat malaysia yang cuma 27juta orang sebenarnya akan sangat mewah jika kekayaan negara di agih sama rata. ok pejam la mata sebelah konon2 kita banyak membelanjakan wang negara untuk pembangunan. apa pembangunan yang kita ada di malaysia ni? setakat KLCC, KL Tower, MSC, HiTECH Park tak payah cakap lah. lain lah kalau macam kat Dubai.
highway?setiap hari aku bayar tol semata2 untuk menempah kesesakan. konsesi? sampai bila?
pembangunan insan? lupakan..
pendidikan dan peluang pekerjaan? berapa ramai graduan keluar universiti yang mengganggur sekarang ni?
RnD? apa tu?
nak bantu golongan usahawan kecil dan sederhana? pergi la cari wartawan ramai2 dulu masuk tv, and then baru boleh.tu pun berapa?
suntikan modal? mmm "bin" apa yaa?
aku tak pandai nak bercakap soal pemodal, syarikat2 besar, aliran wang. cukup la sekadar faham untuk diri sendiri. tapi aku yakin kita mempunyai sumber yang sangat luas. tak payah cakap la soal minyak yang masih "dara" di kelantan. minyak dari terengganu yang satu tu pun cukup membuktikan segalanya2.

sekadar contoh.ini entry dari blog mantan PM. mana duit2 minyak ini pergi?

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/07/sound-bites-5.html


Where has the money gone to?

I reproduce here the payments made by Petronas to the Federal Government since 1976. That year the Government received RM300 million. The amount increased to RM2 billion in 1981. By 2003 it paid RM15.6 billion to the Federal Government. The total from 1981 to 2003 is RM168.8 billion in 22 years.

From then onwards it increased from RM19 billion in 2004 to RM67.8 billion in 2009. The total for six years is RM253.6 billion.

I am sure the Government had spent the money wisely. It would be interesting to know what the RM253.6 billion was spent on.

** FY Payment (in billion)

1976 0.3

1977 0.7

1978 0.7

1979 0.7

1980 1.8

1981 2.0

1982 2.6

1983 3.8

1984 4.3

1985 4.6

1986 5.0

1987 4.0

1988 4.4

1989 4.3

1990 5.5

1991 7.4

1992 7.1

1993 7.7

1994 7.3

1995 6.7

1996 6.8

1997 8.8

1998 9.6

1999 8.2

2000 12.0

2001 17.1

2002 14.0

2003 15.6

2004 19.0

2005 28.1

2006 37.8

2007 44.1

2008 56.8 ### komen aku, dengar kata kerajaan rugi besar sebab minyak naik. terpaksa naikkan minyak 78sen. hmmm

2009 67.8

** Petronas Group payment to Federal Government inclusive of taxes, royalty, export duty and dividends

Tuesday, June 23, 2009

sejarah

bila sebut tentang sejarah macam2 perkara timbul yang dalam fikiran kita. 
bagi seorang pelajar, sejarah adalah mata pelajaran. mungkin pelajar itu suka mata pelajaran sejarah. mungkin juga 'subjek killer' baginya. mungkin pelajar itu hafal semua data-data dalam buku teks sejarah untuk lulus dengan cemerlang dalam SPM. mungkin juga dia bercita menjadi seorang peguam. mungkin ada pelajar lain yang hanya hafal 'jumlah topik' dalam buku sejarah. selepas berakhirnya SPM atau PMR, apakah erti sejarah kepada pelajar2 ini?
bagi seorang mat bunga atau minah cintan, maksud sejarah mungkin berkaitan sejarah percintaan mereka. mereka pernah dikecewakan. pernah frust menonggeng. atau mungkin hanya pengalaman manis berdating di KLCC.
bagi seorang guru sejarah, mungkin ianya tak lebih dan tak kurang dari seorang pelajar.
dalam bidang pekerjaan pula, seorang majikan pasti mencari pekerja yang telah mempunyai sejarah / pengalaman dalam jawatan berbanding mereka yang fresh.

dan bagi aku pula, satu ketika dulu sejarah cuma subjek yang paling aku tak suka. sebabnya aku malas membaca. SPM, aku cuma dapat 'cangkul' dalam subjek sejarah. memang patut pun sebab aku hanya hafal 2 bab dalam buku sejarah tingkatan 5. bilangan bab pun aku tak pasti. tapi akhir2 ini aku mula berminat dengan sejarah. bukan bermaksud aku ingin menghafal sejarah malaysia atau sebagainya. 

cuma kadang2 aku melihat sejarah adalah masa depan. aku percaya sejarah akan berulang. 

sejarah islam banyak mengajar kita tentang bagaimana kita harus berhadapan dengan masa depan. jangan salah faham. ini lansung tiada kaitan dengan ramalan atau yang seumpamanya. tapi sejarah islam mengajar bagaimana sebagai seorang islam, kita harus hidup. bagaimana kita harus berjuang untuk menegakkan yang hak. bagaimana kita harus berdakwah, bermuamalah, bergaul, berjuang untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi amnya dan di malaysia khasnya. mungkin ada yang berpendapat, biarlah orang lain yang menjaga dan mentadbir perihal2 ekonomi, politik, dakwah dan sebagainya di malaysia ini tapi harus diingat, muslim yang lansung tidak terdetik dalam hatinya keinginan untuk melihat islam berada ditempat paling tinggi, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan iman mereka. 

aku melihat.. sejarah islam penuh dengan pengajaran dan panduan. namun kenapa ramai antara kita yang melihat enteng permata yang berharga ini. 
sejarah islam telah membuktikan yang islam sesuai dimana2 sahaja dan bila2 masa sahaja.
tapi kenapa ramai antara kita meragui?
sejarah islam telah membuktikan yang islam boleh mentadbir negara yang penuh dengan pelbagai kaum dan agama
tapi kenapa kita cakap hudud tidak blh dilaksanakan sebab negara kita berbilang kaum ada orang bukan islam?
sejarah islam telah membuktikan yang kita adalah manusia yang unggul bila berpegang dengan AlQuran
tapi kenapa ramai antara kita yang menolak AlQuran?
sejarah islam telah membuktikan yang barat sendiri merujuk kepada sejarah islam dalam bidang sains, perubatan, fizik, biology bahkan falak, tetapi kenapa kita masih mengagung2kan barat atas kemajuan hari ini?

aku melihat, umat islam sendiri hari ini melihat sejarah sebagai ancaman kepada budaya jahilliah yang sedang mereka pegang. yang tak sanggup mereka lepaskan kerana.. mereka lebih rela menurut hawa nafsu duniawi.
mereka sanggup memalsukan sejarah. mereka juga lebih suka jika anak2 kita buta tentang sejarah. bagi mereka, cukuplah sejarah 'sekadar' subjek PMR dan SPM. 
bila anak2 kita yang buta tentang sejarah, bermaksud 'mereka' boleh mencorakkan masa depan sesuka hati.

Friday, June 12, 2009

kosong dan mati

satu hari..
jiwa terasa kosong..
bila ia berlalu tanpa sebuah perjuangan.
jiwa terasa mati..
andai 1 hari menjadi selamanya.

Wednesday, April 29, 2009

MENGENAL KAPITALISMA GLOBAL - from tukartiub

 http://www.tukartiub.blogspot.com/


GLOBALISASI MODAL

PUTRAJAYA 22 April - Kerajaan hari ini memutuskan untuk meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta tanpa sebarang syarat ekuiti dikenakan. Ini bermakna syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan tidak lagi terpakai.Mengumumkan perkara itu di sini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, subsektor yang diliberalisasikan itu adalah dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan. Kata beliau, liberalisasi sektor perkhidmatan bertujuan membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. – DI PUNGUT DARI UTUSAN MELAYU

Minggu ini kita terbaca bagaimana Najib Razak terpaksa membuka lagi pasaran Malaysia kepada syarikat multinasional. Kaum pemodal luar negara kini dibenarkan membawa masuk modal untuk melabor dalam 27 subsektor termasuk juga bank dan hospital. Kalau dulu pelaboran luar hanya dibenarkan memiliki kepentingan pelaboran tidak lebih dari 30% kini dinding dan atap itu telah diruntuh.

Ini buktinya bagaimana perancangan kapitalisma global telah berjaya untuk memindahkan harta kekayaan rakyat dari Asia, Afrika dan Amerika Latin ke saku para banker dan pemodal Anglo-Amerika. Inilah buktinya bagaimana dasar pasaran terbuka dapat menerbus masuk ke dalam Dunia Ketiga.

Hujah memberi peluang pekerjaan selalu digunakan sebagai khidmat yang akan kita terima jika kaum pemodal antarabangsa ini masuk melabor. Kapitalis antarabangsa ini juga dikatakan akan membawa modal. Apakah ini betul ? Untuk memahami mari kita melihat dan memahami kembali apa itu duit dan apa itu modal.

Seperti yang telah saya terangkan dahulu duit yang kita gunakan ini adalah fiat money - kertas yang nilainya dipaksakan ke atas kita. Kertas ini dipaksakan ke atas kita kerana kita terikat dalam sistem kapitalis global. Kita menjerut leher kita dengan menerima dasar Bank Dunia, International Monetary Fund ( IMF) dan World Trade Organisation.

Dasar yang diajukan oleh lembaga-lembaga ini tidak pernah berniat untuk membantu kita. Tugas kapitalisma bukan membantu umat manusia tetapi membuat untung. Tidak ada orang yang memulakan satu perniagaan dengan tujuan untuk membantu. Kapitalisma bukan badan amal seperti Food Not Bomb.

Kita selalu mendengar bahawa banyak kilang ditutup di Singapura, Pulau Pinang atau Thailand kerana berpindah ke China atau Vietnam. Kenapa? Kerana upah buruh lebih murah di sana. Inilah buktinya bahawa kapitalisma bukan datang untuk membantu tetapi mencari untung. Jadi hujah mengatakan modal luar membuka peluang pekerjaan terbukti satu dongeng.

Dari mana modal datang? Modal ialah tenaga manusia. Justeru tidak munasabah jika kita katakan Malaysia tidak memiliki modal. Ini bohong. Di Malaysia ada lebih dari 20 juta warga – semua ini adalah modal. Apabila politikus mengatakan kita tidak memiliki modal atau dana – apa yang dimaksudkan ialah kita tidak memiliki kertas dolar. 

Juga jangan lupa - keuntungan yang dibuat oleh kaum pemodal antrabangsa akan dibawa pulang ke negara masing-masing. Yang dibawa pulang itu ialah modal. Inilah sebab utama kenapa negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin terus menjadi miskin. Tenaga yang dicurahkan oleh warga dihisap oleh lintah-lintah darat ini. 

Kerana kita tidak memiliki kertas dolar maka kerajaan kita ke hulu ke hilar meminjam dari Bank Dunia, IMF, bank-bank dari Eropah atau negara menjual bond. Ertinya kita meminjam duit dari para banker dan pelabur dari luar negara. Mereka sedia meminjamkan kepada kita untuk mendapat untung buta melalui bunga dan riba.

Mari kita lihat satu contoh sejarah yang berlaku di zaman Perang Saudara ( 1861-1865) di Amerika Syarikat. Ketika itu Presiden Abraham Lincoln cukup terdesak. Presiden Lincoln mungkin terpaksa meminjam duit dari para banker di Eropah yang amat bersedia meminjamkan duit dengan riba dan bunga yang tinggi.

Lincoln telah dinasehatkan untuk mencetak duit sendiri agar dapat membebaskan diri dari lintah darat para banker yang sedang memasang lukah di Pasar Selayang. Sebanyak 450 juta dolar - yang dipanggil greenbacks - telah dicetak. Wang ini berjaya membantu Lincoln membayar hutang piutang negara. Amerika di zamam Lincoln telah bebas dari berhutang dengan para banker dari Eropah. Dari segi sejarah ketika Lincoln menjadi Presiden ekonomi Amerika berkembang permai.

Ringgit yang kita gunakan hari ini dinilaikan dengan bandingan kertas dolar. Tetapi kertas dolar yang menilai ringgit ini pada hakikatnya tidak memiliki apa-apa nilai. Majoriti warga Malaysia hanya memiliki nilai keyakinan untuk menjalankan pertukaran melalui ringgit. Kertas ringgit ini bertujuan untuk menyenangkan kita berjual beli tidak lebih dari itu. Kertas ringgit ini juga adalah fiat money yang tidak berasaskan emas atau perak. Ia hanya berasaskan keyakinan warga Malaysia.

Justeru jika sesebuah negara dapat membebaskan dari belenggu kertas dolar maka negara itu boleh mencetak duit mereka sendiri – seperti yang telah dilakukan oleh Abraham Lincoln. Jika negara mencetak duit sendiri maka negara tidak akan memiliki masalah hutang. Kita mencetak kertas ringgit kita sendiri tanpa merujuk kepada Bank Dunia atau IMF. Atau meminjam dari mereka.

Saya yakin warga akan menerima pakai kertas ringgit yang kita cetak untuk kita bersama membangunkan negara. Tidak timbul masalah negara tidak memiliki modal. Tidak timbul masalah negara tidak ada dana. Kenapa kita menjadi bodoh meminjam kertas dolar dari IMF atau Bank Dunia atau menyimpan dolar sebagai duit simpanan negara walhal kertas dolar ini juga tidak bersandarkan emas atau perak. Nilainya dipaksakan ke atas kita. 

Amat jelas - Bank Dunia, World Bank dan IMF adalah lembaga kapitalis yang menjual kertas kosong kepada kita. Kenapa kita membeli kertas kosong dengan harga yang mahal walhal kita boleh membuat kertas itu sendiri.

Apa yang saya katakan ini kelihatan cukup enteng. Lalu timbul persoalan – kalau bagini senang kenapa kerajaan tidak melakukan sesuatu? Jawabnya juga cukup enteng – kerajaan Malaysia hari ini sedang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Negara kita terikat dalam satu sistem kapitalis global. 

Perangkap kapitalis global ini telah dipasang oleh kabal Illuminati untuk kepentingan para banker seperti Rockefeller dan Rothschild telah memerangkap kita. Pemimpin politik kita tahu jika mereka cuba membebaskan diri dari sistem kapitalis global ini maka mereka akan dijatuhkan. 

Sejarah menunjukkan bahawa United Malays National Organisation ini dinaikkan oleh penjajah British melalui Tunku kerana gerombolan ini tidak akan melawan atau menentang kepentingan kaum pemodal Anglo-Amerika. Gerombolan ini dipilih oleh British kerana mereka akan menjaga kepentingan kaum pemodal melalui seribu satu macam undang-undang yang bukan bertujuan menjaga kepentingan kaum pekerja dan buruh tetapi menjaga kepentingan kaum pemodal.

Hanya sebuah kerajaan rakyat yang berpaksikan kekuatan rakyat sahaja yang dapat membebaskan diri dari belenggu kapitalis global. Satu ketika dahulu Indonesia dibawah pimpinan arwah Bung Karno adalah contohnya. Iran di bawah pimpinan arwah Mussadigh satu lagi contoh. 

Hari ini contoh terdekat ialah Cuba yang dipimpin oleh Castro, Korea Utara yang dipimpin oleh Kim Jong-il , Venuzuela di bawah Chavez dan Iran di bawah Ahmadinejad – adalah negara-negara yang cuba membebaskan dari sistem kapitalis global. Lihatlah berapa banyak konspirasi dan propaganda telah, sedang dan akan dilakukan untuk merobohkan benteng ekonomi negara-negara ini. Modal global melihat negara-negara yang ekonominya berdiri bebas sebagai musuh mereka.

Lalu persoalan timbul kenapa kita semua tidak melakukan sesuatu dan membiarkan diri kita terus ditipu bulat-bulat untuk sekian lama? 

Sesiapa yang berani mengeluarkan soalan seperti ini maka susuk ini adalah susuk yang memiliki fikrah merdeka. Susuk ini berfikiran progresif kerana ingin membebaskan diri dari belenggu kapitalisma. Susuk-susuk yang sedar dan tidak mahu ditipu oleh kertas dolar. Jika semakin ramai yang menimbulkan soalan ini ada kemungkinan Malaysia negara kita ini akan menuju ke zaman pencerahan. (TT) Tulisan ini boleh diambil untuk membuat kebaikan.


khabar gembira

entry kali ni aku cuma nk meluah santai. aku belum ada kekuatan nk fikir kritikal atau yang berat2. buat sementara ni aku cuma mau fikir ringkas.
jumaat lepas aku mendapat khabar gembira. aku bakal bergelar bapa @ ayah @ daddy @ abah @ walid. 
terima kasih buat isteri tercinta. 
sejak 2 menjak ni aku banyak berfikir tentang masa depan. perkara2 yang wajib aku lakukan. tanggung jawab dan amanah. memang sekali pandang ramai x sangka aku dah bergelar suami. tahun depan mesti lebih ramai tak sangka aku bergelar bapa (insyaAllah). paling kelakar sorang makcik shell ingat isteri aku tu adik aku. sungguh kurang sopan. namun yang orang lebih memahami aku adalah diri aku sendiri. insyaAllah aku cuba menjadi seorang suami, bapa dan ketua keluarga yang lebih bertanggung jawab. 

dan ini bermakna aktiviti kekeretaan aku terpaksa dikurangkan.

Friday, April 3, 2009

rintihan sekeping hati




Tuhan..
Kau telah takdirkan hidupku bersamanya
Kau telah takdirkan hidupnya bersamaku
Kau telah takdirkan kami hidup bersama

Tuhan..
Terima kasih ku ucapkan padamu
Atas nikmat yang Kau berikan ini
Seorang isteri yang jujur lagi setia
Yang ku percaya akan cintanya

Tuhan..
Sering kali aku mengecewakannya
Namun itulah diriku yang lemah lagi hina
Jauh disudut hati aku merana
Melihat air mata yang jernih
Berderai dari sudut kelopak mata
Yang amat sayu untuk ku pandang

Tuhan..
Terkadang kala aku lebih berharap
Agar aku yang merasa siksa pedih
Hancur hati dan sedih pilu
Kerana Kau lebih mengerti perasaan ini
Melihatnya sedih hatiku menangis
Melihat air matanya hatiku merana

Tuhan..
Ku tahu betapa dia berusaha
Untuk menjadi isteri yang solehah
Menepis segala susah dan gelora
Demi seorang suami
Ternyata dia berjaya melangkah kehadapan
melangkaui diriku yang masih bertatih
membelah onak dan ranjau
lorong perjalanan sebuah rumahtangga

Tuhan..
damaikan lah dia..
sembuhkan lah luka hatinya..
ku berazam akan membuka lorong itu dengan jiwa dan ragaku
agar dia melaluinya dengan tenang
ku berazam akan menjadi perisai tubuhnya
dari segala kesakitan di perjalanan


Tuhan..
Kau pun tahu
Betapa ku ingin melihat dia bahagia
Sama ada didunia yang fana ini
Hingga di akhirat sana
Moga kami tetap berkasih sayang
Di dalam syurga Mu..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Ampunkan dosa ku
Ampunkan dosa kami
Bimbing lah kami
Ke jalan yang Kau redhoi..